Friday 2 March 2012

Blue Tiger


KTM Class 26 (aka Blue Tiger) is a group of 20 locomotives owned by KTMB.The first batch of locomotives were first received by KTMB on October 2nd 2003

According to Keretaapi.com , this 3300hp locomotive is most powerful locomotive that KTMB owns. It was build by Bombardier, Germany (Adtranz/General Electric collaboration)

Recently the Blue Tiger resurfaced again in mainstream newspapers because it has been used by a Johorean royalty for their Kembara Mahkota Program.

Specifications

Locomotive Type : DE – AC 33 C
Engine Type : GE 7FDL12
Cylinders : 12, 45-degree V arrangement
Bore : 228.6mm (9in)
Stroke : 266.7mm (10.5in)
Compression Ratio : 15.7 to 1
Traction Type : Diesel Electric AC/AC
Traction Motor : 5GEB24
Tractive Effort : Continuous – N/A, Maximum – 102500lbs / 456kN
Gear Ratio : 1:4.722 (18:85 cogs)
Control Voltage : N/A
Braking System(s) : vacuum, air dual-pipe, dynamic
Weight : 120 tons
Axle Load : 20 tons max, 18.85 tons min
Loco Power Rating : 3300hp (nominal), 3100hp (site)
Maximum Speed : 120km/h (fully worn wheels)
Gauge : 1000mm (metre)
Wheel Arrangement : CO-CO
Wheel Diameter : 965mm max, 890mm min
Length Over Buffers : 22000mm
Fuel Capacity : 5500 litres
Sandbox Capacity : 240 litres (3 X 80l)

Fleet (locomotive number and name)

26101 Tanjung Aru
26102 Tanjung Bidara
26103 Tanjung Dumpil
26104 Tanjung Dungun
26105 Tanjung Gelang
26106 Tanjung Jara
26107 Tanjung Karang
26108 Tanjung Kupang
26109 Tanjung Pelepas
26110 Tanjung Penawar
26111 Tanjung Piai
26112 Tanjung Piandang
26113 Tanjung Puteri
26114 Tanjung Ramunia
26115 Tanjung Rhu
26116 Tanjung Selatai
26117 Tanjung Sepat
26118 Tanjung Tohor
26119 Tanjung Tualang
26120 Tanjung Tuan


Menara Jam Batu Gajah

“Batu Gajah Bandar Bertuah”. Bandar bertuah ini adalah tempat keputeraannya DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah iaitu seorang Sultan yang berkaliber, yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-9. Baginda merupakan Tokoh Batu Gajah yang pertama ditonjolkan dalam buku Tokoh-Tokoh Batu Gajah, Perak. Batu Gajah telah melahirkan ramai lagi tokoh-tokoh terkemuka seperti Raja Asal, William Kellie Smith, Ho Yuk Phooi, Charles Alma Baker, Kerani Ariff, Dato’ Mustapha Albakri, Syed Shaidali dan K. Malaiperumal Pillay. Nama-nama terkenal dalam bidang agama termasuk Tuan Syed Abdul Kadir (Kadi Pertama Batu Gajah), Haji Salleh bin Lebai Awang (Ketua Imam Masjid), Haji Abdul Hamid (Guru Agama), Mohamad Nawawi (wartawan dan sarjana bahasa Arab) dan Cikgu Ali (Guru Quran dan Imam). Terdapat ramai lagi tokoh yang terkenal dalam semua bidang ketokohan seperti perlombongan, getah, pentadbiran dan pendidikan.

Perkampungan Melayu telah wujud di Batu Gajah sejak kurun ke-19 lagi. Ketika itu orang Melayu sudah giat menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah. Terdapat ramai orang Cina menjadi pekerja di kawasan perlombongan kepunyaan orang Melayu. Bijih timahlah yang membawa kemasukan orang Cina ke Batu Gajah. Pembukaan ladang getah telah membawa masuk orang India ke sini. Jelaslah perkembangan sejarah Batu Gajah sama seperti perkembangan Sejarah Malaysia keseluruhannya. Seolah-olah Batu Gajah adalah ‘Malaysia in Maniature’.

Di Batu Gajah terdapat penduduk yang berbilang kaum iaitu Melayu (dari suku kaum seperti Mendailing, Rawa, Talu, Acheh, Jawa dan lain-lain), Cina, India, Ceylon, Punjabi, Parsi, Arab dan lain-lain. Tidak hairanlah penduduk Batu Gajah dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan corak hidup pelbagai kaum sehingga dapat melahirkan suasana yang aman damai.

Sejak 1880-an lagi, Batu Gajah merupakan tempat pertemuan pembesar-pembesar Tanah Melayu pada masa itu. Di Batu Gajah pada masa itu ada Gelanggang Perlumbaan Kuda (Race Course). Kuda-kuda didatangi dari Pahang dan Johor untuk berlumba di sini. Ada terdapat sebuah Kelab tempat perjumpaan dan riadah bagi pegawai kerajaan dan pembesar-pembesar negeri. Dari segi ini, Batu Gajah sudah dikenali sejak 1880-an lagi. Mengikut bukti yang ada, Batu Gajah sudah wujud sekitar tahun 1870-an. Menurut diari J.W.W. Birch, Resident British Pertama di Perak, beliau pernah melawat Batu Gajah pada 30 April 1875. Beliau menyebut Batu Gajah sebagai sebuah kampung yang besar di tepi Sungai Kinta dan terdapat sebuah relau yang besar untuk melebur bijih timah.

Ini menunjukkan perkembangan awal Batu Gajah adalah berkait rapat dengan kegiatan perlombongan bijih timah yang mula berkembang di Jajahan Kinta pada masa itu.

Beberapa versi telah dilaporkan mengenai asal usul nama Batu Gajah. Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah, ramai pedagang asing dari Sumatera datang melalui Sungai Kinta untuk berdagang timah. Mereka kebanyakannya penganut agama Buddha yang menyembah berhala. Oleh sebab tempat tersebut belum bernama, mereka telah mengukir dua batu besar di tebing Sungai Kinta menyerupai dua bentuk ekor gajah.

Kemudiannya versi kedua, pelombong-pelombong bijih timah telah menemui batu-batu sebesar gajah dan keras seperti kepala gajah. Pelombong-pelombong kemudiannya menamakan kawasan tersebut ‘Batu Gajah’ (Batu Besar).

Mengikut satu lagi versi, iaitu versi yang mungkin lebih credible, nama Batu Gajah diambil daripada nama sebuah kampung Mandailing di Medan, Indonesia. Kampung tersebut masih lagi wujud. Biar apa sekali versinya, perlu dinyatakan di sini bahawa gajah bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu. Binatang darat paling besar ini telah digunakan secara meluas bagi pengangkutan darat di negeri-negeri Melayu sehinggalah awal tahun 1910-an. Dalam Perarakan Diraja Perak, pasukan gajah yang membawa rengga (tempat duduk belakang gajah) biasanya dihias berwarna-warni diiringi oleh juak-juak (biduanda) yang berpakaian indah membawa alat-alat kebesaran dan payung Diraja. Disamping itu, gajah juga digunakan dalam kerja-kerja pembalakan dan mengangkut hasil serta alatan perlombongan di Daerah Kinta.